VigLink

Wikipedia

Search results

Tuesday 24 December 2013

Bajet 2014

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2014)


1. Pada pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini, Kerajaan telah
mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2014) dan Insurans Takaful
Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M). Bantuan ini adalah tanda keprihatinan
Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta
selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada
golongan berpendapatan rendah. Secara Keseluruhan, program BR1M 2014
dijangka akan memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan 2 juta individu bujang.

2. Kriteria program BR1M 2014 akan ditambah baik seperti berikut:

a) bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke
bawah, nilai bantuan akan ditingkatkan daripada RM500 kepada
RM650;

b) Sebagai tambahan, kategori bantuan juga diperluaskan kepada isi
rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000
dengan nilai bantuan RM450;

c) memperkenalkan caruman i-BR1M bernilai RM50 kepada
penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan maksimum
sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang
upaya kekal;

d) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) akan
menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada
RM650; dan

e) bagi kategori bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada
tahun 1993 atau sebelumnya) dengan pendapatan bulanan
RM2,000 dan ke bawah, bantuan akan ditingkatkan daripada
RM250 kepada RM300.

3. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk
kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau
secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014. Penerima
BR1M sedia ada boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan
maklumat data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat
akaun bank.

4. Pendaftaran pemohonan BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember
2013 dan akan berakhir pada 31 Januari 2
014. Ini bagi memberi ruang masa
yang cukup kepada pemohon dan mempercepatkan proses kelulusan
permohonan. Borang-borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati secara
percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan
Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau dimuat turun melalui
laman sesawang LHDNM : www.hasil.gov.my.

5. Pembayaran BR1M 2014 akan dibuat kepada penerima yang layak mulai
Februari tahun 2014.

6. Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716
yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 23
Disember 2013.


Kementerian Kewangan Malaysia
17 Disember 2013

No comments:

Post a Comment