VigLink

Wikipedia

Search results

Tuesday 24 December 2013

Beribu-ribu Ikan Timbul Ke Darat Di Pantai Tambisan Sabah


Beribu-ribu ikan timbul di persisiran pantai Kampung Tambisan di bahagian timur Sabah di Lahad Datu. Ini sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda yang bakal berlaku hujung tahun ini.

Penduduk kampung rata-rata memungut ikan tersebut yang dikenali sebagai ikan Tamban.

Bagaimanapun, penduduk tempatan berkata fenomena pelik seperti ini pernah berlaku sejak 3 tahun yang lalu.

Tetapi tahun ini amat berbeza kerana jumlah ikan yang naik ke darat terlalu banyak.

Penduduk kampung berkata, mereka amat percaya bahawa sekarang adalah musim berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini naik ke darat.

Ikan-ikan tersebut dipungut dan dimasak. Ada juga penduduk kampung yang menjualnya di pekan Lahad Datu atau di daerah lain.

Ikan Tamban memang terkenal dalam kalangan penduduk tersebut.

Untuk melihat video kejadian aneh tersebut, sila klik video di bawah.

No comments:

Post a Comment